A. SP B.Melayu SK
Matlamat
- melengkapkan murid dgn keterampilan berbahasa & berkomunikasi utk memenuhi keperluan diri, memperolehi ilmu , perhubungan sosial & urusan harian
Objektif
- mendengar, m’hayati pengucapan
- bertutur yg betul dlm pebagai situasi
- b’bincang & b’kongsi pendapat
- m’baca pelbagai bhn sastera
– memupuk minat m’baca ke arah pembelajaran tersusun
– mp’kembang imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis & p’hayatan nilai murni
– mengenali & m’hasilkan berbagai jenis penulisan kreatif
- menggunakan b. baku
- m’hargai dan m’hayati keindahan bahasa
- m’hayati & m’amalkan nilai murni, sikap positif
Kandungan
1. Kemahiran Bahasa
i. mendengar –m’dengar, m’mahami dlm pelbagai situasi pengucapan
ii. bertutur – berbual utk m’jalin hubungan & menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan & idea dgn sebutan & intonansi yg betul serta penggunaan tatabahasa yang sesuai.
iii. Membaca – lancar, sebutan, intonansi, & jeda yg betul. Penekanan aspek pemahaman & penaakulan.
iv. Menulis – mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ayat yg gramatis, tanda baca dan ejaan yg betul, tulisan yg jelas, cantik & kemas
2. Hasil pembelajaran
- petunjuk tentang kemahiran yg perlu dikuasai.
- dpt dicapai dgn menggabungjalinkan keempat-4 kemahiran bahasa.
- m’bantu dlm m’buat pengukuran & penilaian
3. Sistem bahasa
- BM baku(ttbahasa, ejaan, sebutan dll)
- ttbahasa m’kumi sintaksis & morfologi
4. Pengisian kurikulum
- elemen yg m’gabungkan perkembangan terkini meliputi ilmu, nilai, peraturan sosiobudaya , kemahiran bernilai tambah & kewarganegaraan.
B. P’dekatan Pengajaran Ttbahasa SR
1. Pendekatan induktif
Konsep
- cara mengajar dgn memberikan contoh terlebih dahulu diikuti dgn generalisasi
- m’buat p’timbangan - spesifik kpd umum
- penaakulan utk menentukan peraturan
Ciri
- Bermatlamatkan p’bentukan kebiasaan
- Pengantara deria utk m’dptkan p’tahuan
- Kerap diulang utk penguasaan -kemahiran
- Pengajaran yg nyata @ konkrit
- Mementingkan penglibatan murid
- P&P aktif & menarik
- Penekanan kpd pendekatan lisan
2. Pendekatan deduktif
- melihat kesimpulan secara keseluruhan di awal diikuti lebih spesifik diakhirnya.
- guru memberikan isi, kandungan, definisi @ objektif di awalnya.
- Menganalisis fakta @ isi utk bentuk generalisasi
- Membuat pencerakinan @ perkaitan drp yg umum kpd khusus
Ciri
- M’mtingkan pemerolehan struktur kognitif
- M’bentuk pengetahuan bknnya k’biasaan
- Isi secara kronologi- pengstrukturan memudahkan pengajaran
- Memahami lebih baik dari menghafal
- Menggunakan struktur otak utk m’dptkan pengetahuan
- Menekankan aspek tulisan
3. Pendekatan elektif
- gabungan kedua pendekatan
Ciri
- Penggunaan pelbagai kaedah
- Gaya kreativiti dlm P & P
- Berdasarkankebolehan & kemampuan murid. P & P boleh dimulakan dgn menulis membaca bertutur, m’dengar,
- Menggalakan pelajar berfikir
- Latihan banyak & suasana P & P aktif
4. Pendekatan komunikatif
- melibatkan keupayaan berkomunikasi secara aktif
- Komunikasi dipengaruhi sosiolinguistik, psikolinguistik dan paralinguistic
- Tujuan utama m’suaikan bahasa yg sesuai utk komunikasi
- P & P berdasarkan fungsi komunikasi
- Disesuaikan dgn kontek sosial tertentu (ganti nama, sistem panggilan, kata-kata hormat dll)
- Pengstrukturan bahasa yg betul m’bentuk keupayaan berbahasa.
Antara ciri-cirinya
- Mementingkan makna
- Dialog tertumpu kpd fungsi komunikatif
- Kontek & situasi itu penting
- P & P bahasa utk membolehkan manusia berhubungan
3. Kemahiran Berfikir
a. Apa itu berfikir
- operasi minda utk mencari makna & pemahaman tertentu, menerokai pelbagai kemungkinan idea, m’bina pertimbangan yg wajar, pembinaan semula pengalaman, penyusunan maklumat serta membuat keputusan dan penyelesaian masalah secara logik & rasional
b. Aspek-aspek berfikir
P’inaan Pg’tahuan
Kem. Kognitif P’binaan sikap/nilai
c. Model Kem. Berfikir
d. Tujuan Kem. Berfikir
M’dpt lat. Berfikir secara kritis & kreatif utk menentukan penyelesaian masalah
Mengaplikasi pengetahuan, pengalaman
Menghasilkan idea @ ciptaan yg kreatif & inovatif
Mengatasi kesilapan2 berfikir
Meningkatkan aspek kognitif & efektif
Bersikap terbuka dlm m’rima & m’berikan pendapat
e. Alat utk berfikir
i. Penyusunan Grafik
- carta / rajahy/ banding beza
ii. Soalan & penyoalan
- Soalan bertumpu
~ tersusun bertujuan menumpukan idea
(skop terhad & spesifik)
~ jawapan secara lansung dr petikan
~ tafsiran & takulan tak perlu diolah
~ Objektif dan spesifik
- Soalan bercapah
~ m’mlukan daya pemikiran yg kritis,
kreatif & rasional (skop luas&terbuka)
~ jawapan tak secara lansung
~ tafsiran & takulan perlu diolah
~ subjektif
- Lingkaran soalan
~ jenis soalan yg mempunyai tumpuan kpd skop2 tertentu seperti perkara, individu dan persekitaran
iii. Peta minda
- satu lakaran grafik pemikiran individu yg menjadikan apa yg tersirat sbg tersirat.
- suatu yg penting
iv. Peta cerita
- terkandung didlmnya seperti contoh: watak – kenderaan – urutan peristiwa - konflik
4. Pengajaran lisan
Tujuan
Membolehkan murid: -sebut perkataan & ayat dgn betul
- m’dengar & faham pertuturan
- betutur dgn ayat yg gramatis
- menyuburkan keyakinan diri
- bertutur dgn betul & yakin dgn apa yg dipertuturkan
Perkara2 penting dlm P& P lisan
- secara spontan & bernas
- topik m’lingkari pengalaman murid
- guna ransangan utk tarik perhatian
- dilaksanakan secara formal
- beri peluang setiap murid utk bercakap
Aspek kemahiran Lisan
i. Mendengar
- pengamatan pendengaran dan diingat
- memerlukan lat. secara berperingkat
- belajar m’dengar melalui pengalaman
- A. fizikal mempengaruhi pendengaran
- melalui fikiran bukannya perasaan
Prinsip P & P kem. Lisan
- disepadukan dgn kemahiran lain
- latihan yg aktif & dinamik
- Perancangan awal adalah penting
- dilaksanakan secara berperingkat
- motivasi adalah sangat penting
Peringkat2 kemahiran mendengar
a. Awal:- mengecam, mengajuk, memilih, melakukan, menjalankan, mengingat &memadankan serta bertindak terhadapnya
b. Pertengahan:- mengecam, membuat urutan, mengenalpasti, hubungan penutur & pendengar serta mengenali perasaan
c. Maju:- mengenal isi dan peranan serta hubungan, mentafsir maksud, fungsi intonansi & tekanan, m’tafsir tujuan
ii. Bertutur
- merupakan kemahiran berinteraksi dlm suasana ketatabahasaan
- konsepnya:- gabungan drpd bunyi2 bahasa yg dihafal
- berlaku diperingkat produksi
- berlajar melalui pengalaman lebih drp kecergasan otak
- Aspek fizikal mempengaruhi kemahiran
Aspek2 pertuturan:
- sebutan, tekanan, nada intonansi, tatabahasa, kelancaran, laras bahasa & kefasihan
Antara aktiviti lisan yg boleh d’jlnkan
- perbualan, bercerita, berlakon, berpuisi, melaporkan, berbahas, menyanyi, berbincang dsb.
5. Pengajaran bacaan
Difinisi:
- proses m’pdahkan perkataan kepada bentuk bunyi disamping menaakul, serta m’buat kefahaman kandungan semasa m’baca.
Tujuan
i. Jangka pendek/semerta
- m’mhami apa yg dibaca
- m’baca dgn sebutan serta intonansi yg betul
- sukakan pembacaan
- sebagai 1 bentuk rekreasi
ii. Jangka panjang/lanjutan
- m’dpt pelbagai ilmu pengetahuan
- m’perbetul fahaman serta konsep
- bhn penyelesaian masalah
- berkomunikasi dgn org lain
Jenis bacaan
i. Bacaan bersuara/kuat
ii. Bacaan senyap
Peringkat Mengajar Bacaan
i. Penyungkilan p’alaman & kebolehan
- latar belakang keluarga murid
- kebolehan murid
- ransangan persekitaran
- kebolehan murid berbahasa
- minat murid
ii. Persediaan asas membaca
- perkataan, rangkaikata @ ayat yg bersesuaian dgn tahap pelajar
- pemilihan ABM yg sesuai
- perkaitan ABM serta persekitaran
iii. Kemahiran membaca
- memulakan membaca s/k, perkataan, frasa, & ayat ringkas
- secara berperingkat-peringkat
iv. Memperoleh pengetahuan/hiburan
- membaca sbg sumbernya
- pemilihan buku yg digemari
- pemilihan berdasarkan pengalaman dan kebolehan
v. Membina pengukuhan sikap positif
- oleh guru sepanjang masa
- Bhn p & P yg baik, tekniknya sempurna, kaedah yg menarik
- terancang ke arah pembentukan sikap
Kaedah mengajar bacaan
i. K. mengeja
ii. K. sebutan / fonik
iii. K. gabungan
Teknik @ aktiviti P & P bacaan
i. menyusun semula potongan ayat
ii. meramal jln cerita @ kesudahannya
iii. mengisi tempat kosong
iv. SQ3R
v. PEBAS – Prg pdktan Bacaan Asas – PPK
vi. pembacaan elektif
v. pembacaan teliti
6. Pengajaran Tulisan
Definisi
-Utk m’lahirkan fikiran & perasaan dlm bentuk garapan @ catatan. Cantuman fonem yg memberikan makna @ maksud
Tujuan
i. Sermerta
- membina asas menulis yg kukuh
- mengeja dgn pantas
- menyusun perkataan, rangkaikata, & ayat dgn betul
- membantu melahirkan perasaan & fikiran
- penyuburan minat membaca
ii. Jangka panjang
- perluasan pengetahuan
- komunikasi & perhubungan dgn org lain
- kepuasan jiwa, pengalaman & perasaan
- memupuk bakat diri dlm penulisan kreatif
- persediaan masa depan
Jenis Kemahiran
i. Mekanis
- peringkat awal – tulis dgn baik & kemas
- latihan pergerakan otot & anggota tulisan
- melukis bentuk, garisan, bulatan dll
- tunjuk cara pergerakan tangan yg betul
- penekanan asas penulisan – suku kata, perkataan & ayat
ii. Pelahiran mental
Menyatakan:- fikiran @ pendapat/ perasaan/ kehendak
Peringkat Pengajaran Menulis
i. Pramenulis (persediaan asas)
- latihan pergerakan tangan
- secara bebas
- latihan pergerakan mata
- latihan penyatuan tangan & mata
Aktivitinya: membentuk bulatan/ garis lurus/ corak/ mewarnai gambar, dsbnya
ii. Mendirikan asas (tulisan mekanis)
- membentuk bulatan kecil & besar
- menulis atas tiga garisan
- menulis atas satu garisan
- menulis lambang tulisan
Aktivitinya: menekap huruf/ tulis ikut urutan/ memadan & menyalin/ meulis huruf tertinggal/ menyalin perkataan @ ayat mudah
iii. Menulis utk pelahiran
- menulis berpandukan gambar
- menyusun perkataan @ ayat
- mengisi tempat kosong
- memadankan
- melengkapkan ayat
Langkah2 dlm mengajar tulisan
- motivasi/ persediaan/ persembahan/ perlaksanaan/ penilaian
Kemahiran dlm tulisan
- keseragaman/ persambungan/ irama/ pergerakan yg tetap
Kemahiran mengeja
Tujuan
- melatih murid mendengar perkataan
- melatih pengamatan melalui deria telinga
- menulis melalui pengamatan pendengaran
- kepekaan terhadap perkataan tertentu
- memperluaskan perbendaharaan kata
7. Pemulihan (kanak-kanak bermasalah pembelajaran) dlm P & P
- kekurangan 1 @ lebih proses psikologi asas
- ketidakupayaan mendengar dgn baik, berfikir, bercakap, membaca, menulis, mengeja, mengira
- mkesukaran menyimpan, merekod & menafsir
- sukar dikesan kerana berbeza dgn yg terencat akal @ kecacatan anggota
Jenis2 masalah
a. Dyslexia: sukar memproses
b. Dysgraphia: sukar menulis, mengeja
c. Dyscalculia: kemahiran matematik
d. Dyspraxia; kesukaran merancang motor
Ciri2 mereka yg bermasalah
i. bahasa: lambat bertutur/ sukar belajar/ sukar memahami/gagap/ tak faham arahan/ sukar menyatakan kehendak
ii. Motor: sukar memanipilasi objek (kecil)/ lemah dr segi pengimbangan/ tak peka pd ruang individu
iii. Sosial dan emosi: sering menjauhkan diri/ terlalu aggerasif @ suka menyendiri/ perubahan ragam mengejut & melampaui/ mudah kecewa
iv. Pengurusan diri & perhatian: kurang bersih/ kekemasan berpakaian/ bertindak secara terpaksa/ mudah bingung/ kurang keyakinan diri/ hiperaktif
Prinsip pengajaran pemulihan
- hubungan guru & murid - mesra
- perhatian secara individu
- melibatkan aktiviti kelas
- latar belakang murid – dikaji
- menunjukkan pengharapan kpd kejayaan
Aktiviti Pemulihan
- Mengkelas & memadankan benda
- Membuat gerakerja dgn menggunakan bentuk & acuan
- Menggunakan kad bersiri
- Latih tubi penyebutan dll
- Penggunaan modul
Aktiviti Penilaian
- pemeriksaan hasil kerja
- memerhati penglibatan
- menjlnkan sesi temuramah
- menjlnkan ujian ringkas
- menggunakan ujian yg sedia ada
- rekod penilaian dr masa ke masa
Sunday, March 14, 2010
Pendekatan Pengajaran Tatabahasa
Posted by eDit0R.. at 6:55 PM 0 comments
Labels: kemahiran berfikir, pemulihan, Pendekatan tatabahasa
Penilaian Pengajaran Lisan
PENILAIAN PENGAJARAN LISAN
Pengajaran lisan menjadi asas dalam pengajaran bahasa. Pada peringkat awal perkembangan bahasa kanak-kanak, lisan telah mengambil tempat yang utama. Kemahiran menguasai bahasa lisan semakin terserlah apabila kanak-kanak menjangkau usia 4 tahun. Walau bagaimanapun tahap keupayaan lisan kanak-kanak berbeza antara individu. Hakikat ini mula terasa apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Perbezaan budaya, latar belakang keluarga dan persekitaran menjadi punca yang melebarkan jurang pemisah antara kanak-kanak ini. Di sekolah, guru dapat mengesan perbezaan ini semasa proses pengajaran dijalankan.
Oleh yang demikian, bagaimanakah keadaan ini dapat diperbaiki? Sejauh manakah para pendidik telah meneroka kaedah-kaedah baru untuk mencungkil kemahiran lisan kanak-kanak selain kaedah yang telah sedia ada? Mungkin penggunaan teknik melukis dapat menggerakkan kemahiran lisan ini. Walau bagaimanapun penggunaan teknik ini hanya merupakan satu daripada sejuta teknik yang masih belum diterokai.
PENGAJARAN LISAN
Pengajaran lisan tidak dapat dipisahkan daripada pengajaran bahasa. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR, sebahagian besar kemahiran yang diajar terdiri daripada kemahiran lisan. Pengajaran lisan diberikan tumpuan kerana lisan menjadi asas utama penguasaan bahasa kanak-kanak.
Dalam pengajaran lisan, penggunaan bahan rangsangan amat dititikberatkan. Kaedah TPR (Total Physical Response) oleh James Asher misalnya, menekankan pengajaran bahasa melalui kemahiran mendengar dengan menggunakan bahan rangsangan. Hasilnya akan berlakulah tindak balas daripada murid. Kemahiran yang merupakan asas perkembangan struktur linguistik ini sangat penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Seterusnya kemahiran ini menjasi asas pula pada kemahiran membaca dan menulis di kalangan kanak-kanak.
Dalam banyak kajian, didapati murid yang lemah penguasaan lisannya akan terjejas pula keupayaannya dalam membaca dan menulis. Keupayaan menyusun bahasa lisan dengan baik, dengan sendirinya akan mempengaruhi keupayaan menulis (Muhd. Hilmy Hj. Ismail, 1982). Berdasarkan kenyataan ini, apa yang berlaku di sekolah ialah murid tidak berupaya menulis dengan baik kerana tahap penguasaan lisannya lemah.
Jarang benar ditemui murid yang petah berkata-kata apabila ditemu bual atau diminta bercakap. Sebaliknya, mereka akan terkial-kial dengan kelancaran yang terbatas apabila memberikan pendapat atau menjelaskan sesuatu. Dalam sesetengah kaedaan, para guru lebih bersikap mendesak ketika memberi ruang kepada murid untuk bercakap. Murid yang becok bercakap dihalang dengan pelbagai gelaran, manakala murid yang lembab akan disisih. Sekiranya peluang bercakap tidak diberi, sudah tentu satu daripada komponen bahasa yang sangat penting tidak akan dikuasai oleh murid.
Di sekolah, penggunaan kaedah gambar (gambar tunggal dan gambar bersiri) sudah lama diamalkan. Kaedah ini cuba membantu murid menyusun dan menggerakkan idea waktu pengajaran lisan dijalankan. Namun begitu, penggunaan gambar hanya dapat menarik minat murid untuk berkomunikasi melalui apa yang dapat dilihat dalam gambar tersebut sahaja. Murid mengalami kesukaran untuk mengembangkan idea mereka, terutama melalui penggunaan gambar tunggal. Justeru itu, disarankan kaedah melukis bagi mengubah persepsi murid dan guru terhadap penggunaan gambar tunggal sewaktu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Pendekatan ini menekankan penggabungjalinan subjek seni lukis dan bahasa. Proses ini akan memperlihatkan bagaimana gambar yang dilukis sendiri oleh murid berupaya membantu penguasaan lisannya dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa.
TEORI LINGUISTIK TRANSFORMATIONAL GRAMMAR
Teori Linguistik Transformational Grammar yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky (1965) dapat memperjelas perkembangan lisan kanak-kanak. Teori ini melihat proses pengucapan dan struktur rumus-rumus tatabahasa. Menurut Chomsky, semua bentuk pengucapan kanak-kanak berlandaskan satu sistem peraturan yang sudah sedia ada. Sistem ini dikenali sebagai:
a. Struktur Permukaan: struktur ini jelas dapat dilihat dan didengar dalam pengucapan. Struktur ini sebenarnya hanya sebahagian kecil daripada proses penghasilan rumus-rumus tatabahasa kanak-kanak tersebut.
b. Struktur Dalaman: struktur ini pula merupakan bahagian yang paling penting dalam pembinaan rumus tatabahasa kanak-kanak. Bahagian ini adalah 'engin' bagi segala perlakuan bahasa. Apabila proses pertuturan berlaku, apa yang dapat dilihat atau didengar adalah cuma struktur kuaran sahaja. Sebaliknya sebahagian besar penyusunan rumus tatabahasa berlegar dalam otak kanak-kanak tersebut. Menurut Chomsky, bahagian inilah yang mendasari segala aktiviti lisan seseorang. Bahagian ini terlalu kompleks dan memerlukan satu kaedah tertentu untuk melahirkannya sebagai struktur luaran. Oleh yang demikian aktiviti melukis dapat digunakan sebagai suatu pendekatan yang dapat mencungkil struktur dalaman linguistik seperti yang dijelaskan oleh Chomsky itu.
PEMBELAJARAN LISAN
Terdapat banyak teori dan pandangan yang menyentuh aspek pengajaran lisan. Kaedah pengajaran Montessory misalnya, mengatakan bahawa proses pembelajaran kanak-kanak seharusnya berpusatkan aktiviti yang diminati. Oleh itu, melukis sebagai satu aktiviti yang diminati sudah pasti akan menggerakkan proses pembelajaran mereka. Kaedah Montessory amat mementingkan kerja atau aktiviti yang dipilih sendiri oleh murid kerana aktiviti itu dapat dilakukannya melalui pengalaman masa lalunya (Salleh Mohd.Akib at. al.1997, 22)
Mengikut Wood (1989, 24) pula, aspek kefahaman dibina oleh kanak-kanak melalui his own self-selected problem solving bukannya terus daripada usaha guru mereka. Oleh itu Wood menyokong pandangan Vygotsky (1962) tentang kepentingan sesuatu aktiviti yang dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid.
Teori pembelajaran oleh Piaget pula menyatakan bahawa aktiviti bermain merupakan satu cara untuk membina perkembangan mental dan cara berfikir kanak-kanak. Sesungguhnya aktiviti bermain dan melukis merupakan aktiviti yang sudah lumrah dalam kehidupan kanak-kanak. Oleh yang demikian guru harus memanfaatkan kedua-dua aktiviti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Aktiviti melukis sebenarnya merupakan curahan idea yang tersirat dalam pemikiran kanak-kanak. Apa yang digambarkan di atas kertas adalah gambaran daripada persepsi dan kreativiti mereka. Bruner (1966a, 1966b, 1971) menegaskan bahawa aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak sebahagian besarnya ditonjolkan melalui simbol-simbol seperti yang dipaparkan dalam lukisan mereka. Hasil lukisan adalah lahir daripada pemikiran rasional mereka.
Mengikut Chomsky (1965, 47) dalam Teori Transformational Grammernya, setiap perkataan yang diujarkan oleh kanak-kanak adalah berdasarkan rumus-rumus tatabahasa yang mempunyai dua struktur iaitu Struktur Permukaan dan Struktur Dalaman seperti yang telah dijelaskan di atas.
HUBUNGAN PENGAJARAN BAHASA DAN HEMISFERA OTAK
Aktiviti berbahasa sebenarnya berada dalam hemisfera otak yang berbeza. Kajian-kajian tentang peranan otak telah dilakukan sejak abad ke-19. Antaranya Paul Broca, Carl Wernicken, Gazzaniga dan yang terkenal ialah Roger Sperry (Mohd. Nashuha Jamidin, 1995, 18). Hasil kajian Roger Sperry menunjukkan otak manusia terdiri daripada dua hemisfera yang mempunyai peranan berbeza. Kebolehan berbahasa terletak pada hemisfera kiri (otak kiri) sedangkan kemahiran melukis berada di bahagian hemisfera kanan (otak kanan). Pembahagian kiri dan kanan melibatkan perbezaan dalam tahap memproses sesuatu maklumat. Kedua-dua hemisfera otak ini dapat digabungkan bagi menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna.
Oleh itu gabungan kedua-dua hemisfera otak sangat bermakna. Justeru itu, adalah wajar pengajaran bahasa dan aktiviti melukis disatukan. Gabungan antara keduanya dapat menghasilkan satu proses pembelajaran yang menarik dan berkesan. Berdasarkan kajian, didapati literalisasai otak berbeza antara kedua-dua hemisfera. Fungsi otak kiri lebih bertumpu pada aspek lisan, bacaan, berfikir dan menaakul. Sebaliknya otak kanan lebih bertumpu pada aspek melukis dan emosi (Feldman, 1993, 86). Kedua-dua hemisfera ini tidak sama cara memproses maklumat. Bagi otak kiri, proses berjalan secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai kesempurnaan. Sebaliknya otak kanan menjalankan proses secara keseluruhan (Gazzaniga, M.S. 1983).
Jelaslah, bahagian kiri otak lebih dominan dalam bahasa. Bahagian ini mengawal keseluruhan proses kebahasaan seseorang manakala otak kanan pula lebih dominan terhadap aktiviti bersifat kesenian seperti melukis. Dalam TPR (Total Physical Response) pengajaran kemahiran mendengar dan lisan, mengarah pada penggunaan otak kanan di samping otak kiri (Palmer, H.E. 1923).
Dalam usia 6 hingga 10 tahun, pengaruh otak kanan ke atas aktiviti melukis sangat pantas. Perkembangan ini seharusnya dapat dimanfaatkan dalam pengajaran bahasa. Dalam KBSR, tumpuan lebih pada otak kiri yang menekankan kemahiran membaca, mengira dan menulis. Tumpuan kurang diberikan pada perkembangan otak kanan kerana aktiviti melukis, seni, muzik dan aktiviti kraf dianggap kurang menunjukkan kecerdikan. Sebaiknya proses penggabungan antara hemisfera otak perlu dilakukan untuk meningkatkan kebolehan murid (Poh Swee Hiang, 1998, 6).
Banyak kajian yang dijalankan mendapati perkembangan lisan kanak-kanak mempunyai hubungan yang rapat dengan asas perkembangan bacaan dan tulisan (Wilder, 1973, Burke, 1974, Royd, 1977). Kajian yang dibuat oleh Loban, 1963 mendapati murid-murid prasekolah yang tinggi penguasaan kemahiran lisannya, juga mempunyai tahap kemahiran bacaan yang tinggi. Ia mendapati memang wujud perhubungan yang rapat antara kedua-dua kebolehan ini. Bagi Weir (1962), peringkat umur 5 hingga 7 tahun adalah fasa pertama kanak-kanak didedahkan terhadap persekitaran secara meluas. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menghubungkan persekitaran dengan diri sendiri. Tinjauan yang dibuat oleh Smith (1941) juga mendapati, pada peringkat ini dapat disaksikan tahap perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak semakin pesat berkembang.
Sungguhpun tahap penguasaan tatabahasa meningkat, namun kajian yang dijalankan oleh Terera K (1984) yang melihat hubungan struktur tulisan dengan kegunaannya dalam komunikasi, mendapati berlaku kesan sebaliknya. Murid-murid menghadapi kesukaran yang agak ketara dalam aspek penulisan sekiranya lisan mereka tidak begitu baik. Kelemahan berlaku kerana murid-murid tidak dapat mengaitkan pengalaman mereka dengan apa yang ditulis.
Pengaruh persekitan dalam lisan dan perkembangan perbendaharaan kata telah diuji oleh Luqman Nagy, 1985 dalam satu projek bahasa Inggeris di Arab Saudi. Ia telah menggunakan gambar yang dilukisnya sendiri bertemakan local scene . Setiap gambar diberikan beberapa perkataan sebagai panduan. Berdasarkan gambar tersebut, murid diminta membina ayat. Selama satu semester didapati murid dapat membina ayat dengan perbendaharaan kata yang sesuai apabila ditunjukkan gambar tanpa sebarang perkataan. Walau bagaimanapun persekitaran Arab Saudi telah membantu murid dalam menceritakan kembali gambar tersebut berbanding persekitaran asing. Hal ini mempunyai kaitan dengan keupayaan murid mencerna persekitaran yang difahami berbanding dengan apa yang ada di luar jangkauan pengalaman mereka.
KURIKULUM KINI
Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) adalah perubahan ketara dalam kurikulum pendidikan rendah di negara kita. Perubahan ini adalah hasil cadangan Jawatankuasa Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979). Sewaktu pelaksanaan kurikulum lama, terdapat ramai murid yang gagal menguasai kemahiran asas seperti menulis, mengira dan membaca.
KBSR muncul sebagai "penyelamat" dengan perubahan yang bertujuan untuk memperbaiki tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas tersebut. Dua tahap (Tahap 1 dan 2) diperkenalkan dalam mengasingkan dua peringkat pembelajaran murid. Pada tahap 1 tumpuan diberikan pada pembinaan kemahiran asas yang tiga (membaca, menulis dan mengira) dan pada tahap 2 pula penekanan pada isi pelajaran.
Selama tiga tahun, dari tahun 1 hingga 3 murid ditekankan dengan kemahiran tersebut. Namun begitu, tahap penguasaan bahasa Melayu contohnya, masih lagi rendah kerana masih ramai murid yang tidak dapat menguasainya. Akhirnya ramai yang tidak dapat membaca dan menulis. KBSR juga menerima nasib seperti KLSR.
KBSR menyarankan pelbagai pendekatan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Dalam pengajaran bahasa Melayu misalnya, kaedah pengajaran lisan dengan konsep gabung jalin dan bersepadu dititikberatkan dalam kelas. Namun usaha ini tidak kesampaian. Kaedah pengajaran dan pembelajaran akhirnya kembali kepada cara lama (KLSR).
Dalam pengajaran lisan, teknik penggunaan gambar sudah menjadi satu yang sinonim dengan lisan itu sendiri. Penggunaan gambar tunggal atau bersiri menjadi kemestian kepada guru bahasa. Sejak dari KLSR hingga KBSR teknik ini masih kekal. Gambar tunggal misalnya, selalu digunakan sebagai bahan rangsangan terhadap murid dalam menjana idea dan menyusun ayat. Sejauh manakah gambar tunggal ini dapat memainkan peranannya? Apa yang berlaku. Gambar tunggal tidak berupaya meneroka pengetahuan, pengalaman dan kemahiran lisan murid. Gambar tunggal terbatas dalam menggerakkan struktur dalaman rumus-rumus tatabahasa kerana penglibatan murid sekadar sebagai pengguna akhir (Chomsky, 1965, 48).
Oleh yang demikian, seharusnya aktiviti melukis diberi ruang bagi mencuba 'nasib' dalam memecah kebuntuan tersebut. Dengan menggunakan kaedah melukis, besar kemungkinan guru dapat menggerakkan struktur dalaman dan luaran rumus-rumus tatabahasa murid.
PELAKSANAANNYA PENILAIAN LISAN
Di dalam analisis proses pertuturan, terdapat 5 komponen yang dapat dipertimbangkan untuk aktiviti penilaian lisan iaitu :
i. Penyebutan termasuklah cirri-ciri segmental dan bukan segmental : vocal, konsonan, pola tekanan dan intonasi.
ii. Tatabahasa
iii. Kosakata
iv. Kelancaran ( keselesaan dan kelajuan pertuturan)
v. Kefahaman (penting kerana untuk bertindak balas dan berhubung secara lisan untuk sesuatu atau memulakan pertuturan )
JENIS-JENIS PENILAIAN LISAN
Penilaian lisan boleh digolongkan kepada beberapa jenis iaitu :
i. Temuduga – temuduga yang tidak berstruktur tetapi dinilai berdasarkan skala yang disusun rapi.
ii. Pertuturan Berstruktur – sample pertuturan yang berstruktur dan biasanya dirakamkan berdasarkan criteria yang sangat khusus.
iii. Kertas dan pensel
Ujian objektif dapat dilakukan terhadap penyebutan dengan menggunakanb kertas dan pensel. Pelajar diberi ujian pendengaran dan mereka mencatat bukti kebolehannya di dalam mendengar, dengan menulis atau menanda jawapan pada kertas.
TUJUAN PENILAIAN LISAN DIADAKAN
Wujudnya ketidakseragaman di dalam pengucapan bahasa Malaysia di kalangan penduduk negara ini menjadi fokus utama kenapa penilaian lisan diperkenalkan. Jadi penilian lisan diperkenalkan bertujuan untuk mempertingkatkan tahap penyebutan bahasa Malaysia Baku. Tambahan pula, Negara Nalaysia dapat menghasilkan satu identiti kebangsaan melalui pengucapan Bahasa Malaysia. Penilaian lisan di sekolah-sekolah pada peringkar UPSR (di mansuhkan mulai 1994 ), PMR dan SPM adalah memerlukan pencapaian pelajar suapaya dapat bertutur di dalam bahasa Malaysia baku yang mudah difahami.
PENGISIAN PENILAIAN LISAN DI SEKOLAH
Ujian lisan yang diperkenalkan untuk peperiksaan PMR dan SPM biasanya dijalankan lebih awal daripada daripada peperiksaan bertulis. Calon yang akan menjalani ujian lisan dikehendaki menduduki tiga jenis ujian yang diadakan iaitu :
i. Bacaan dan Kefahaman
Ujian bacaan dan kefahaman melibatkan kelancaran membaca, intonasi bacaan, sebutan perkataan dan kefasihan
ii. Kelancaran
Seseorang calon yang diuji dari segi alunan dan kepantasan suaranya. Tanda baca seperti titik, koma, koma bertitik, tanda soal, seruan dan sebagainya, menentukan nada dan tempat berhenti atau tempat mengambil nafas sebentar.
iii. Sebutan
Sebutan perkataan hendaklah terang dan jelas. Sebaik-baik tidak teragaak-agak dan tergagap-gagap. Perkataan yang bunyinya hamper serupa tetapi membawaq maksud yang berbeza harus dipertimbangkan. Begitu juga dengan membunyikan kata pinjaman.
iv. Intonasi
Intonasi juga amat penting dalam penilaian lisan. Penilai akan menentukan sama ada sesuatu perkataan dibaca dengan suara yang tinggi atau rendah dan berinteraksi dengan tanda-tanda bacaan.
v. Perbualan
Perbualan juga merupakan sebahagian daripada penilaian lisan. Tujuan perbualan diadakan untuk mengetahui sejauhmana seseorang itu dapat bertutur dengan baik dalam bahasa Malaysia.
CONTOH PELAKSANAAN PENILAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses pengajaran bahasa selalunya mengambil masa yang panjang. Dalam situasi biasa peruntukan ialah dua waktu berterusan dan dalam jadual anjal lebih daripada itu. Ruang yang lebih luas ini memberi kemudahan kepada guru dalam melaksanakan kaedah ini.
Seorang guru yang ingin mengajar lisan boleh memulakan aktivitinya dengan mengedarkan kertas-kertas kosong dan meminta murid melukis apa sahaja yang berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Misalnya, guru mengajar tajuk 'Kemalangan Jalan Raya', murid secara bebas boleh meluahkan pengalaman melihat, mendengar atau yang dialami di atas kertas. Peruntukan masa dua puluh minit atau satu waktu diberi agar murid bebas mencurahkan pengalaman mereka. Biarkan murid melukis apa sahaja yang mereka mahu.
Selepas masa yang diperuntukan, murid mempamerkan lukisan mereka. Guru seterusnya boleh mengarahkan murid menceritakan apa yang dilukis mereka di hadapan kelas. Pada peringkat ini sesi soal jawab berdasarkan lukisan tersebut dapat dilakukan. Guru bukan sahaja dapat menggerakkan murid tersebut malah seluruh kelas dapat mengambil bahagian.
Cara begini akan dapat membantu murid bercerita malah dapat mencungkil kreativiti mereka di samping berani tampil di hadapan kelas. Hal ini mungkin menjadi lebih menarik dengan sedikit pujian daripada guru.
Aktiviti di atas boleh dipanjangkan lagi dengan menulis karangan berdasarkan lisan daripada gambar yang dilukis oleh murid. Pengajaran karangan menjadi lebih menarik dan dapat dilakukan secara individu atau kumpulan. Apa yang penting ialah sejauh mana guru sanggup mengubah paradigma mereka daripada dikongkong oleh kaedah masa lalu.
Penggunaan kaedah ini dapat memberi ruang kepada guru untuk melihat:
Kelancaran lisan:
# struktur ayat yang lengkap
# kepetahan bertutur tanpa sekatan
Perkembangan tatabahasa:
# jumlah kosa kata yang dapat dihasilkan
Aliran idea:
# dapat mengaitkan satu idea dengan idea yang lain
# pertautan wacana dalam pengucapan
KESIMPULAN
Terdapat berbagai-bagai kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi tiada satu pun yang dapat dianggap paling sesuai serta konsisten penggunaannya. Penerokaan dan percubaan amat diperlukan dalam proses ini agar penyampaian guru menjadi lebih menarik. Cadangan penggunaan kaedah melukis adalah salah satu cara yang cuba diketengahkan. Semoga percubaan ini akan membawa kejayaan.
RUJUKAN
Burke,S.J.(1974).Language Acquisition,Language Learning and Language
Teaching.IRAL.12 pp.53 – 68.
Brown,H.D.(1994).Teaching by Principles – An Interactive Approach to
Language Pedagogy. New Jersey: Prentice Hall Regent.
Bruner,J.S. (1966a).The Process of Education .Cambridge Mass: Harvard
University Press.
_________( 1966b).Toward a Theory of Education.: Cambridge Mass: Harvard
University Press.
_________(1971)The Relevence of Education.New York: W.W.Norton and Co.
Chomsky ,N.(1965). Aspect of the Theory of Syntax . Massachussetts:
M.I.T.Cambridge.
_________Developing your child’s Potential. 1987 Virginia: Time Life Books.
Feldman,R.S.(1993).Understanding Psychology. McGraw – Hill,Inc.
Gazzaniga,M.S.(1983).Right-hemisphere language following brain bisection : A
twenty-year perspective.American Psychologist. (p.p.87 –157 ),New
York: Holt.
Loban,W.D.( 1963).The Language of Elementary School Children. Campaign
Illinois: National Council of Teacher’s of English.
Luqman Nagy (1985).Picture Power: A Technique for Reviewing Vocabulary.
FORUM V. XXIII,January 1985.Washington,D.C.: U.S.Government
Printing Office.
Muhd Hilmy Hj. Ismail(1982).Pembelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah
Rendah.K.L.:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd.Nashuha Jamidin dan rakan-rakan ( 1995). Kemahiran Berfikir dan
Belajar.Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Palmer, H.E. ( 1923).The Oral Method of Teaching Languages. Cambridge : Heffer Royd,G.A.& Jones,D.M.( 1977). Teaching Communication Skills in the
Elementary School.New York: Dc.Van Vastrand Co.
Smith, M.K.( 1941) Measurement of the Size of General English Vocabulary Through the Elementary Grades and High School. Genetic Psychological
Monographs. 24 .pp 311 – 345.
Saleh Mohd.Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood.( 1997).Prinsip dan Kaedah Pengajaran Bahasa.Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press.
Terera, K. (1984).Children’s Writing and Reading, Analysis Classroom
Language. Oxford: Basil Blackwell.
Posted by eDit0R.. at 6:32 PM 0 comments
Labels: Penialain pengajaran lisan
BAHASA MELAYU BACAAN
1. Teori Pembaca
1.1 Definisi
- Atan Long – Melibatkan kebolehan mengenal lambang2 dan menterjemahkannya kepada bunyi bahasa yang difahami maknanya.
- Safiah Osman – Proses mendapatkan makna serta memahami teks yang dibaca
1.1 Teori2 Bacaan
a. T. Psikologi
- Pembelajaran melibatkan pembentukan tabiat melalui hubungan dan ransangan tindak balas
- berlatih membaca daripada mengecam huruf kepada mengecam perkataan dan mendapatkan makna daripadanya
b. T. Linguistik
- Sebagai proses psikolinguistik dimana makna diperolehi melalui hubungan media linguistik
- Pembaca mendapatkan makna drpd teks yg dibaca dgn melibatkan banyak kiu
- Generalisasi pembaca boleh mentafsir maklumat dgn tepat
- Makna tidak terdapat dlm teks tetapi dalam diri pembaca itu sendiri.
- Makna lebih perting drpd perkataan
- Membaca adalah proses aktif untuk memperolehi makna
c. T. Kognitif
- Sebagai mengumpul, memproses serta menggunakan maklumat dan tidak hanya bertindak balas terhadap bahan bacaan
Model2 Pembacaan (T. proses membaca)
- 4 model
a. Bawah ke atas
- Bergerak secara linear. (memprose huruf – perkataan – frasa – klausa – dan ayat secara berturutan bagi mendapatkan makna teks
Pemahaman teks
Membaca tek penuh
Membaca perenggan
Membaca ayat
Membaca Perkataan
Membaca huruf
- 3 kaedah
K. Abjad – K. Sukukata – K. Fonik
b. Atas ke bawah
Pengalaman dan pengetahuan sedia ada
Tujuan bacaan
Pemahaman Teks
Pendekatannya
- Fahami teks walaupun tidak kenal perkataan
- Fokus utama – membaca ayat, perenggan dan keseluruhan bahan
c. M. Interaktif
- Membentuk makna melalui interaktif antara pembacaan dengan teks
- bermula dgn rakaman maklumat grafik dlm bentuk visual lalu otak mengiterprestasikan maklumat.
Pengalaman dan pengetahuan sedia ada
Tujuan Bacaan
- Pemahaman Teks
membaca teks penuh
membaca perenggan
membaca ayat
membaca perkataan
membaca huruf
d. M. Transaksional
- menekankan konteks sosial
- kesan hubungan dlm bentuk kitaran
- respon pembaca bergantung kepada tujuan mereka membaca
- percaya konteks pengaruhi pengalaman membaca
Pengalaman & PSA
Tujuan bacaan
Konteks Pemahaman teks Konteks
Membaca teks penuh
Membaca perenggan
Membaca ayat
Membaca perkataan
Membaca huruf
2. Proses Membaca
a. Sebagai proses visual dan fonologi
- mata memainkan peranan
- merakam maklumat bercetak
- otak tafsir maknanya
- visual @ tak ianya saling berhubung. Semakin banyak membaca semakin banyak maklumat visual diperlukan
b. Sebagai proses makna
- memahami makna melalui pengalaman
- makna diberikan setelah dicam terlebih dulu
- makna perkataan tersimpan diotak dlm satu rangkaian
c. Sebagai proses kognitif
- antara proses terlibat
i. Kognisi
- mengenal dan menterjemah simbol
ii. Ingatan
- penterjemahan pengalaman lampau ke atas simbul
iii. Penaakulan induktif
- mencantum fakta/idea.
- membentuk generalisasi, prinsip atau penilaian
iv. Penaakulan deduktif
- menggunakan kumpulan fakta ke dlm bentuk aktiviti mengarang @ berfikir
v. Penilaian
- membuat rumusan dgn cara berfikir secara kritikal
3. Tahap membaca dan Kebolehbacaan Teks
- ada 3 tahap
a. Tahap pembacaan bebas
- Tanpa bantuan guru
b. Tahap pembacaan pengajaran
- Dengan bantuan guru
c. Tahap pembacaan kecewa
- gagal membaca kerana sukar
a. Faktor mempengaruhinya tahap kebolehbacaan
Intelektual
Kecerdasan murid
PSA
Kebolehan berbahasa
Psikologi
Minat & motivasi
Konsep diri
Fizikal murid
Persekitaran mereka
b. Faktor mempengaruhi kebolehbacaan teks
kebiasaan pembaca dengan perkataan
keabstrakan perkataan
panjang pendeknya perkataan
jenis perkataan
Panjang pendeknya ayat
Kandungan bahan
Struktur cerita
Penggunaan & organisasi bahan grafik
- pengukuran kebolehbacaan murid dan bahan dijlnkan secara serentak
- cara digunakan
i. Ujian Kloz
ii. Ujian inventori tak formal
iii. Fomula kebolehanbacaan Khadijah Rohani
4. Tujuan-tujuan Membaca
Dalam Konteks Pendidikan
Membaca untuk Memahami Teks
- mengenali tujuan dan peranan teks
- mengetahui topik utama
- mentafsir ayat-ayat dalam teks
Belajar Bahasa
- Menambah perbendaharaan kata
Belajar Kandungan Teks
- memperoleh maklumat
- menilai bukti dan hujah
- membeza idea utama dan butiran
Membaca Pada Satu Paras Tinggi dengan Kritis
- boleh memikirkan objektif teks
- boleh melihat apa yang cuba dilakukan oleh penulis dan bagaimana ia melakukannya.
Membaca Secara Fleksibel Mengikut Tujuan
- membaca secara tinjauan, imbasan, intensif dan ekstensif mengikut tujuan
Model Bacaan Fleksibel
- dapat menyesuaikan gaya dengan tujuan
Kemahiran dalam bacaan fleksibel:
Luncuran / Tinjauan / Skimming
- mendapatkan gambaran yang menyeluruh
- mengetahui sama ada perlu dibaca secara mendalam
Imbasan / Sepintas Lalu / Scanning
- mendapat maklumat tertentu sahaja
- tekniknya - menggunakan pola zig-zag, pola s, atas ke bawah dan dari kiri ke kanan
- membaca apa yang perlu sahaja
Bacaan Pantas
- di tengah di antara kaedah imbasan dan luncuran
- untuk mendapatkan idea utama, isi sokongan, isi huraian, dan pemikiran penulis secara am
- memendekkan tempoh membaca
Bacaan pola S
- melatih mata bergerak mengikut pola ‘S’ dengan panduan gerakan jari
Bacaan Personal
- mencari maklumat secara am dan untuk keseronokan
- proses menganalisis dan menilai
- selalunya dilakukan oleh masyarakat umum
Bacaan Analitis dan Penilaian
- menilai dan menganalisis bahan
- bersikap memilih
- berdasarkan kepada tujuan dan keperluan
- digabungkan dengan gaya bacaan belajar
Bacaan Belajar
- bertujuan pendidikan
- melihat secara keseluruhan bahan, dan membina soalan pentafsiran yang spesifik
- model bacaan belajar:
- SQ3R( Survey, Question, Read, Recite dan Review)
- KWLH (Know, Want, Learn dan How)
- PQRST ( Preview, Question, Read, Self-Recite dan Test/Text)
- DRA (Directed Reading Activity).
Peringkat Melatih Kemahiran Membaca
Bacaan Intensif
- dilakukan dalam kelas
- bertujuan meneliti, memahami dan mentafsir
Bacaan Ekstensif
- dilakukan luar kelas
- bertujuan mendapat kepuasan, keseronokkan dan ilmu pengetahuan
Pengajaran Perbendaharaan Kata
Matlamat
1. Mengembangkan dan memperkaya
2. Membolehkan murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara berkesan
3. Memperkuat diksi (murid boleh menyampaikan maklumat dengan berkesan)
Kaitannya dengan Kefahaman
- pengukur tahap kefahaman
Prinsip
1. Mengaitkan makna perkataan baharu dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
2. Membantu murid membina pengetahuan yang luas dan rapi tentang makna perkataan
3. Melahirkan penglibatan murid yang aktif
4. Membantu murid membina strategi dan konsep baharu secara bebas
Jenis
1. Kata Am - mempunyai makna yang diketahui oleh orang ramai
2. Kata Khas - mempunyai erti khas atau khusus
3. Kata Teknikal - digunakan dalam sesuatu bidang dan diketahui oleh orang yang terlibat
4. Kata Pertuturan - kata yang aktif dalam pertuturan
5. Kata Penulisan - kata yang aktif dalam penulisan
6. Kata Bacaan - berbentuk pasif yang ditemui ketika membaca
7. Kata Pendengaran- berbentuk pasif yang diperoleh ketika mendengar
Panduan Pemilihan Perkataan dan Konsep yang Perlu Diajar
1. Baca keseluruhan teks
2. Analisis isi teks dan senaraikan perkataan dan konsep utama
3. Tentukan perkataan atau konsep yang perlu diajarkan:
i. Kepentingan makna perkataan
ii. Perkaitan perkataan dengan pengalaman sedia ada
iii. Perkaitan perkataan dengan idea utama
iv. Makna perkataan
v. Kekerapan ianya ditemui dalam teks
vi. Darjah kesukaran
vii. Masa pengajaran
Teknik Mengajar Perbendaharaan Kata
a. Teknik menggunakan konteks
- mengetahui makna perkataan melalui penelitian
- biasanya murid tidak guna kamus
Jenis bantuan konteks
1. Contoh atau huraian langsung
- memberi contoh atau idea untuk menjelaskan makna perkataan
2. Definisi
- makna perkataan baru dalam ayat yang sama
3. Sinonim (perkataan seerti)
4. Antonim
5. Perbandingan
6. Hubungan Sebab dan Akibat
b. Teknik Kelancaran Perkataan
- boleh dijalankan secara berpasangan, kumpulan dan secara kelas
- bahan ransangan diberi berdasarkan pengetahuan sedia ada
- menyenaraikan perkataan
- sesi sumbang saran dengan cara murid menyebut perkataan manakala guru mencatatkan perkataan
- guru memilih dan mengkategori perkataan
Matlamat teknik ini
- murid boleh menyumbang perkataan
- murid mendengar dan menyebut perkataan dengan betul
- murid dapat pengalaman cara mengkategorikan perkataan
c. Teknik Senarai-kumpul-namakan
- membantu murid memahami perkataan khusus (teknikal) dan am
- memahami perkataan atau konsep yang berhubungan
d. Teknik Ciri-ciri Matriks
- menolong murid membina kebolehan mengelas perkataan ke dalam kategori berdasarkan ciri-ciri yang dimiliki atau yang dimiliki bersama
e. Pemetaan semantik
- menyusun dan mengelaskan perkataan dan frasa berdasarkan hubungan makna dalam bentuk grafik
- membantu murid melihat jaringan perkaitan sesuatu perkataan, kategori dan konsep
f. Penggunaan kamus
- paling mudah dan maklumat tepat
Kefahaman Membaca
- Keupayaan menubuhkan, mentafsirkan dan menilai sesuatu dengan apa-apa yang dibaca.
- Merangkumi proses mengecam perkataan, memilih makna, menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan, menyusun idea, menubuhkan generalisasi dan juga menilai.
Kategori kefahaman membaca
- dibahagikan kepada:
Kefahaman literal
- berdasarkan apa yang difahami daripada perkataan dan idea penulis.
- murid hanya mengecam dan mengingati
Terdapat 7 kemahiran yang perlu dikuasai untuk peringkat ini.
1. Makna perkataan
2. Makna ayat
3. Huraian isi
4. Idea Utama
5. Urutan idea
6. Perbandingan
7. Hubungan sebab dan akibat
Kefahaman inferensi
- Kemampuan mentafsir makna
1. Membuat kesimpulan
- bermula yang paling mudah
2. Mengeluarkan idea utama
- dimaksudkan tidak dinyatakan dan perlulah diandaikan oleh pembaca
3. Membuat perbandingan
- persamaan dan perbezaan tidak dinyatakan
4. Menunjukkan hubungan sebab dan akibat
- mengenal pasti atau membayangkan hubungan sebab akibat
5. Membuat jangkaan
- berdasarkan peristiwa yang lepas yang terdapat dalam petikan.
6. Memahami dan menghuraikan bahasa kiasan
Kefahaman kritikal
- berdasarkan penilaian secara keseluruhan
- membuat penilaian ,membandingkan idea dan membuat kesimpulan
1. Membezakan kenyataan daripada fantasi
2. Membezakan fakta daripada pendapat
3. Menentukan tujuan pengarang
Kemahiran asas dalam kefahaman bacaan
Terdapat tujuh kategori kemahiran asas yang perlu ada pada murid
1. Mengikut arahan
- menyiapkan atau menjalankan sesuatu tugas
2. Mencari butiran
- mencari maklumat, fakta, atau, isi tertentu
3. Menentukan idea pokok
- idea, isi atau mesej utama
4. Menentukan urutan cerita
- mengingat dan menentukan maklumat isi, fakta, atau peristiwa yang ada
5. Membuat kesimpulan
- memberi pendapat atau membuat pentafsiran
6. Membuat inferens
- menyatakan idea atau membuat telahan atau tekaan
7. Membuat penilaian
- menilai dan mengenal pasti fakta yang selaras dengan kriteria yang ada
Posted by eDit0R.. at 6:24 PM 0 comments
Labels: bacaan, kaedah bacaan, model bacaan, teknik bacaan, teori bacan, teori pembaca