1. Teori Pembaca
1.1 Definisi
- Atan Long – Melibatkan kebolehan mengenal lambang2 dan menterjemahkannya kepada bunyi bahasa yang difahami maknanya.
- Safiah Osman – Proses mendapatkan makna serta memahami teks yang dibaca
1.1 Teori2 Bacaan
a. T. Psikologi
- Pembelajaran melibatkan pembentukan tabiat melalui hubungan dan ransangan tindak balas
- berlatih membaca daripada mengecam huruf kepada mengecam perkataan dan mendapatkan makna daripadanya
b. T. Linguistik
- Sebagai proses psikolinguistik dimana makna diperolehi melalui hubungan media linguistik
- Pembaca mendapatkan makna drpd teks yg dibaca dgn melibatkan banyak kiu
- Generalisasi pembaca boleh mentafsir maklumat dgn tepat
- Makna tidak terdapat dlm teks tetapi dalam diri pembaca itu sendiri.
- Makna lebih perting drpd perkataan
- Membaca adalah proses aktif untuk memperolehi makna
c. T. Kognitif
- Sebagai mengumpul, memproses serta menggunakan maklumat dan tidak hanya bertindak balas terhadap bahan bacaan
Model2 Pembacaan (T. proses membaca)
- 4 model
a. Bawah ke atas
- Bergerak secara linear. (memprose huruf – perkataan – frasa – klausa – dan ayat secara berturutan bagi mendapatkan makna teks
Pemahaman teks
Membaca tek penuh
Membaca perenggan
Membaca ayat
Membaca Perkataan
Membaca huruf
- 3 kaedah
K. Abjad – K. Sukukata – K. Fonik
b. Atas ke bawah
Pengalaman dan pengetahuan sedia ada
Tujuan bacaan
Pemahaman Teks
Pendekatannya
- Fahami teks walaupun tidak kenal perkataan
- Fokus utama – membaca ayat, perenggan dan keseluruhan bahan
c. M. Interaktif
- Membentuk makna melalui interaktif antara pembacaan dengan teks
- bermula dgn rakaman maklumat grafik dlm bentuk visual lalu otak mengiterprestasikan maklumat.
Pengalaman dan pengetahuan sedia ada
Tujuan Bacaan
- Pemahaman Teks
membaca teks penuh
membaca perenggan
membaca ayat
membaca perkataan
membaca huruf
d. M. Transaksional
- menekankan konteks sosial
- kesan hubungan dlm bentuk kitaran
- respon pembaca bergantung kepada tujuan mereka membaca
- percaya konteks pengaruhi pengalaman membaca
Pengalaman & PSA
Tujuan bacaan
Konteks Pemahaman teks Konteks
Membaca teks penuh
Membaca perenggan
Membaca ayat
Membaca perkataan
Membaca huruf
2. Proses Membaca
a. Sebagai proses visual dan fonologi
- mata memainkan peranan
- merakam maklumat bercetak
- otak tafsir maknanya
- visual @ tak ianya saling berhubung. Semakin banyak membaca semakin banyak maklumat visual diperlukan
b. Sebagai proses makna
- memahami makna melalui pengalaman
- makna diberikan setelah dicam terlebih dulu
- makna perkataan tersimpan diotak dlm satu rangkaian
c. Sebagai proses kognitif
- antara proses terlibat
i. Kognisi
- mengenal dan menterjemah simbol
ii. Ingatan
- penterjemahan pengalaman lampau ke atas simbul
iii. Penaakulan induktif
- mencantum fakta/idea.
- membentuk generalisasi, prinsip atau penilaian
iv. Penaakulan deduktif
- menggunakan kumpulan fakta ke dlm bentuk aktiviti mengarang @ berfikir
v. Penilaian
- membuat rumusan dgn cara berfikir secara kritikal
3. Tahap membaca dan Kebolehbacaan Teks
- ada 3 tahap
a. Tahap pembacaan bebas
- Tanpa bantuan guru
b. Tahap pembacaan pengajaran
- Dengan bantuan guru
c. Tahap pembacaan kecewa
- gagal membaca kerana sukar
a. Faktor mempengaruhinya tahap kebolehbacaan
Intelektual
Kecerdasan murid
PSA
Kebolehan berbahasa
Psikologi
Minat & motivasi
Konsep diri
Fizikal murid
Persekitaran mereka
b. Faktor mempengaruhi kebolehbacaan teks
kebiasaan pembaca dengan perkataan
keabstrakan perkataan
panjang pendeknya perkataan
jenis perkataan
Panjang pendeknya ayat
Kandungan bahan
Struktur cerita
Penggunaan & organisasi bahan grafik
- pengukuran kebolehbacaan murid dan bahan dijlnkan secara serentak
- cara digunakan
i. Ujian Kloz
ii. Ujian inventori tak formal
iii. Fomula kebolehanbacaan Khadijah Rohani
4. Tujuan-tujuan Membaca
Dalam Konteks Pendidikan
Membaca untuk Memahami Teks
- mengenali tujuan dan peranan teks
- mengetahui topik utama
- mentafsir ayat-ayat dalam teks
Belajar Bahasa
- Menambah perbendaharaan kata
Belajar Kandungan Teks
- memperoleh maklumat
- menilai bukti dan hujah
- membeza idea utama dan butiran
Membaca Pada Satu Paras Tinggi dengan Kritis
- boleh memikirkan objektif teks
- boleh melihat apa yang cuba dilakukan oleh penulis dan bagaimana ia melakukannya.
Membaca Secara Fleksibel Mengikut Tujuan
- membaca secara tinjauan, imbasan, intensif dan ekstensif mengikut tujuan
Model Bacaan Fleksibel
- dapat menyesuaikan gaya dengan tujuan
Kemahiran dalam bacaan fleksibel:
Luncuran / Tinjauan / Skimming
- mendapatkan gambaran yang menyeluruh
- mengetahui sama ada perlu dibaca secara mendalam
Imbasan / Sepintas Lalu / Scanning
- mendapat maklumat tertentu sahaja
- tekniknya - menggunakan pola zig-zag, pola s, atas ke bawah dan dari kiri ke kanan
- membaca apa yang perlu sahaja
Bacaan Pantas
- di tengah di antara kaedah imbasan dan luncuran
- untuk mendapatkan idea utama, isi sokongan, isi huraian, dan pemikiran penulis secara am
- memendekkan tempoh membaca
Bacaan pola S
- melatih mata bergerak mengikut pola ‘S’ dengan panduan gerakan jari
Bacaan Personal
- mencari maklumat secara am dan untuk keseronokan
- proses menganalisis dan menilai
- selalunya dilakukan oleh masyarakat umum
Bacaan Analitis dan Penilaian
- menilai dan menganalisis bahan
- bersikap memilih
- berdasarkan kepada tujuan dan keperluan
- digabungkan dengan gaya bacaan belajar
Bacaan Belajar
- bertujuan pendidikan
- melihat secara keseluruhan bahan, dan membina soalan pentafsiran yang spesifik
- model bacaan belajar:
- SQ3R( Survey, Question, Read, Recite dan Review)
- KWLH (Know, Want, Learn dan How)
- PQRST ( Preview, Question, Read, Self-Recite dan Test/Text)
- DRA (Directed Reading Activity).
Peringkat Melatih Kemahiran Membaca
Bacaan Intensif
- dilakukan dalam kelas
- bertujuan meneliti, memahami dan mentafsir
Bacaan Ekstensif
- dilakukan luar kelas
- bertujuan mendapat kepuasan, keseronokkan dan ilmu pengetahuan
Pengajaran Perbendaharaan Kata
Matlamat
1. Mengembangkan dan memperkaya
2. Membolehkan murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara berkesan
3. Memperkuat diksi (murid boleh menyampaikan maklumat dengan berkesan)
Kaitannya dengan Kefahaman
- pengukur tahap kefahaman
Prinsip
1. Mengaitkan makna perkataan baharu dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
2. Membantu murid membina pengetahuan yang luas dan rapi tentang makna perkataan
3. Melahirkan penglibatan murid yang aktif
4. Membantu murid membina strategi dan konsep baharu secara bebas
Jenis
1. Kata Am - mempunyai makna yang diketahui oleh orang ramai
2. Kata Khas - mempunyai erti khas atau khusus
3. Kata Teknikal - digunakan dalam sesuatu bidang dan diketahui oleh orang yang terlibat
4. Kata Pertuturan - kata yang aktif dalam pertuturan
5. Kata Penulisan - kata yang aktif dalam penulisan
6. Kata Bacaan - berbentuk pasif yang ditemui ketika membaca
7. Kata Pendengaran- berbentuk pasif yang diperoleh ketika mendengar
Panduan Pemilihan Perkataan dan Konsep yang Perlu Diajar
1. Baca keseluruhan teks
2. Analisis isi teks dan senaraikan perkataan dan konsep utama
3. Tentukan perkataan atau konsep yang perlu diajarkan:
i. Kepentingan makna perkataan
ii. Perkaitan perkataan dengan pengalaman sedia ada
iii. Perkaitan perkataan dengan idea utama
iv. Makna perkataan
v. Kekerapan ianya ditemui dalam teks
vi. Darjah kesukaran
vii. Masa pengajaran
Teknik Mengajar Perbendaharaan Kata
a. Teknik menggunakan konteks
- mengetahui makna perkataan melalui penelitian
- biasanya murid tidak guna kamus
Jenis bantuan konteks
1. Contoh atau huraian langsung
- memberi contoh atau idea untuk menjelaskan makna perkataan
2. Definisi
- makna perkataan baru dalam ayat yang sama
3. Sinonim (perkataan seerti)
4. Antonim
5. Perbandingan
6. Hubungan Sebab dan Akibat
b. Teknik Kelancaran Perkataan
- boleh dijalankan secara berpasangan, kumpulan dan secara kelas
- bahan ransangan diberi berdasarkan pengetahuan sedia ada
- menyenaraikan perkataan
- sesi sumbang saran dengan cara murid menyebut perkataan manakala guru mencatatkan perkataan
- guru memilih dan mengkategori perkataan
Matlamat teknik ini
- murid boleh menyumbang perkataan
- murid mendengar dan menyebut perkataan dengan betul
- murid dapat pengalaman cara mengkategorikan perkataan
c. Teknik Senarai-kumpul-namakan
- membantu murid memahami perkataan khusus (teknikal) dan am
- memahami perkataan atau konsep yang berhubungan
d. Teknik Ciri-ciri Matriks
- menolong murid membina kebolehan mengelas perkataan ke dalam kategori berdasarkan ciri-ciri yang dimiliki atau yang dimiliki bersama
e. Pemetaan semantik
- menyusun dan mengelaskan perkataan dan frasa berdasarkan hubungan makna dalam bentuk grafik
- membantu murid melihat jaringan perkaitan sesuatu perkataan, kategori dan konsep
f. Penggunaan kamus
- paling mudah dan maklumat tepat
Kefahaman Membaca
- Keupayaan menubuhkan, mentafsirkan dan menilai sesuatu dengan apa-apa yang dibaca.
- Merangkumi proses mengecam perkataan, memilih makna, menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan, menyusun idea, menubuhkan generalisasi dan juga menilai.
Kategori kefahaman membaca
- dibahagikan kepada:
Kefahaman literal
- berdasarkan apa yang difahami daripada perkataan dan idea penulis.
- murid hanya mengecam dan mengingati
Terdapat 7 kemahiran yang perlu dikuasai untuk peringkat ini.
1. Makna perkataan
2. Makna ayat
3. Huraian isi
4. Idea Utama
5. Urutan idea
6. Perbandingan
7. Hubungan sebab dan akibat
Kefahaman inferensi
- Kemampuan mentafsir makna
1. Membuat kesimpulan
- bermula yang paling mudah
2. Mengeluarkan idea utama
- dimaksudkan tidak dinyatakan dan perlulah diandaikan oleh pembaca
3. Membuat perbandingan
- persamaan dan perbezaan tidak dinyatakan
4. Menunjukkan hubungan sebab dan akibat
- mengenal pasti atau membayangkan hubungan sebab akibat
5. Membuat jangkaan
- berdasarkan peristiwa yang lepas yang terdapat dalam petikan.
6. Memahami dan menghuraikan bahasa kiasan
Kefahaman kritikal
- berdasarkan penilaian secara keseluruhan
- membuat penilaian ,membandingkan idea dan membuat kesimpulan
1. Membezakan kenyataan daripada fantasi
2. Membezakan fakta daripada pendapat
3. Menentukan tujuan pengarang
Kemahiran asas dalam kefahaman bacaan
Terdapat tujuh kategori kemahiran asas yang perlu ada pada murid
1. Mengikut arahan
- menyiapkan atau menjalankan sesuatu tugas
2. Mencari butiran
- mencari maklumat, fakta, atau, isi tertentu
3. Menentukan idea pokok
- idea, isi atau mesej utama
4. Menentukan urutan cerita
- mengingat dan menentukan maklumat isi, fakta, atau peristiwa yang ada
5. Membuat kesimpulan
- memberi pendapat atau membuat pentafsiran
6. Membuat inferens
- menyatakan idea atau membuat telahan atau tekaan
7. Membuat penilaian
- menilai dan mengenal pasti fakta yang selaras dengan kriteria yang ada
Sunday, March 14, 2010
BAHASA MELAYU BACAAN
Posted by eDit0R.. at 6:24 PM
Labels: bacaan, kaedah bacaan, model bacaan, teknik bacaan, teori bacan, teori pembaca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment